* Seorang teman sejati adalah teman yang tidak pernah membuat kita rasa kecewa, sentiasa berada disisi di saat kita memerlukan, sentiasa bersedia untuk mendengar dan memberi jalan penyelesaian untuk kita.
* Ada dua perkara yang diperlukan iaitu; pertama, rasa mencintai sahabatnya sehingga tidak rela melihat sahabatnya terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Kedua, adalah lapang dada, iaitu sentiasa terbuka untuk menerima dan mendengar nasihat seorang sahabat.
* Keikhlasan dalam persahabatan pula akan membina kesegaran pada jiwa dan akan memberi kita kebahagiaan dan ketenangan dalam menjalin persahabatan.
* Wujudnya sifat tidak ikhlas dalam persahabatan hanya akan merosakkan jiwa dan mengundang rasa dendam.
“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari”
No comments:
Post a Comment